Kematian itu tiada
Kematian itu tidak wujud Oleh Zin Mahmud Kematian itu tidak wujud. Bagaimanakah ia boleh menjadi demikian? Sedangkan dapat diperhatikan, adanya mayat dan perkuburan, tidakkah itu merupakan kematian? Mayat sememangnya wujud. Begitu juga kubur. Tetapi itu bukannya kematian. Apa yang disebut mengenai kematian adalah satu detik di mana kehidupan terhenti. Nyawa itu tiada. Ungkapan yang digunakan antara lain ialah "nyawa melayang." Atau "nyawa dicabut." Kata-kata ini seolahaiolah nyawa itu boleh keluar dari badan. Ini kerana badan tanpa nyawa, ia tidak hidup. Nyawa pula boleh terbang melayang+layang. itulah gambaran yang hendak dibayangkan oleh manusia. Tetapi nyawa tidak dapat dilihat. Apa yang dilihat hanyala kesan terhadap ada atau tiada nyawa. Tidakkah detik di mana nyawa itu menghilang adalah kematian? Dari segi perkataan, kematian lawannya ialah kehidupan. Tetapi orang menyebut kehidupan dahulu, barulah kematian. Bukannya kematian barulah kehidupan. ...